PETALING JAYA: Permohonan maaf Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock terus menerima kritikan pelbagai pihak. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berkata, permohonan maaf Azam itu boleh menghantar isyarat yang salah kepada orang awam iaitu seolah-olah menggambarkan bahawa mereka yang berkuasa kebal daripada tanggungjawab atau tindakan undang-undang. Menurutnya, SPRM seharusnya mengambil langkah yang memastikan pihak bertanggungjawab terhadap kematian…