KUALA LUMPUR: Permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucut hak wang tunai pelbagai mata wang milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berjumlah RM169 juta akan didengar pada 1 Oktober ini. Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin menetapkan tarikh tersebut selepas peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Ahli Parlimen Bera itu memohon masa untuk meneliti dan menjawab permohonan yang difailkan pada 7 Julai lalu. Peguam terbabit turut mewakili…










