GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) buat julung kalinya melancarkan Program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) (Program Sukuk) bernilai RM5 bilion. Pelancaran itu serentak dengan Rangka Kerja Pembiayaan Mampan (Kerangka Kewangan Mampan), menjadikan PBAPP sebagai syarikat berkaitan kerajaan negeri pertama mewujudkan kedua-dua program berkenaan. Program IMTN distrukturkan di bawah model Sukuk Wakalah patuh Syariah yang membolehkan PBAPP meningkatkan pembiayaan jangka sederhana hingga panjang secara mampan dan berskala melalui pasaran modal Malaysia. UOB Malaysia dan Maybank Investment Bank (Maybank IB) telah dilantik sebagai Penasihat Utama Bersama, Pengatur Utama Bersama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya