GEORGE TOWN : Terpedaya dengan janji pulangan lumayan hasil pelaburan dalam talian, seorang penyelia stor kerugian lebih RM600,000 selepas menyertai skim pelaburan menerusi aplikasi dikenali sebagai XGI Horizon. Mangsa berusia 56 tahun itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan pada 21 Julai lalu selepas menyedari dirinya ditipu. Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, berdasarkan siasatan, mangsa telah melihat iklan pelaburan…










