SHAH ALAM: Seorang penuntut universiti swasta warga China dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menikam leher bekas kekasihnya sehingga cedera parah, minggu lalu. Tertuduh, You Wei, 22, yang menghidap kecelaruan bipolar bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Inggeris di hadapan Hakim Norazlin Othman. Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Wu Jalin, 20, dengan menikam leher kiri wanita itu dengan pisau yang boleh menyebabkan kematian. Perbuatan itu dilakukan di tingkat dua sebuah universiti swasta di Subang Jaya, pukul 6.30 petang, 14 Julai lalu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya