Penolong penguatkuasa KPDN tak mengaku terima RM11,500

Penolong penguatkuasa KPDN tak mengaku terima RM11,500

Penolong penguatkuasa
SAHZUL Hisam Samsuri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima rasuah RM11,500, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang Penolong Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, hari ini atas pertuduhan menerima suapan RM11,500.

Tertuduh, Sahzul Hisam Samsuri membuat pengakuan itu selepas mendengar tiga pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.

Mengikut pertuduhan, lelaki berusia 51 tahun itu sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa (Gred KP38), KPDN Selangor didakwa menerima RM11,500 daripada seorang lelaki supaya tidak meneruskan siasatan bagi kesalahan membawa minyak masak terpakai tanpa lesen yang sah.

Justeru, Sahzul Hisam didakwa di bawah seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan iaitu melapor diri di Pejabat SPRM Selangor, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan.

Mahkamah juga menetapkan tarikh sebutan semula pada 18 Ogos. Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Ahmad Khairuddin sementara tertuduh diwakili peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN