Pengarah syarikat ditahan, terlibat pengubahan wang haram

Pengarah syarikat ditahan SPRM terlibat pengubahan wang haram RM75 juta

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang pengarah syarikat bergelar Datuk Wira ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram berjumlah kira-kira RM75 juta. 

Penahanan suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu dilakukan kira-kira pukul 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Sumber berkata, suspek dipercayai telah melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2012 bagi kelulusan pembiayaan pinjaman berjumlah RM400 juta untuk sebuah projek pembangunan rangkaian fibre.

“Siasatan awal mengesyaki RM75 juta tersebut telah disalurkan kepada syarikat milik suspek,” katanya.

Sumber berkata, tangkapan terhadap suspek ini adalah susulan Op Fibre yang dijalankan Bahagian Operasi Khas (BOK), SPRM pada 30 Jun lalu.

Menerusi siasatan itu, BOK telah menggeledah empat lokasi berbeza termasuk kediaman dan  pejabat suspek di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

“Melalui operasi yang dijalankan, SPRM telah membekukan 12 akaun bank termasuk akaun persendirian dan syarikat bernilai kira-kira RM400,000,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin  ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah kesalahan-kesalahan AMLATFPUAA 2001 yang melibatkan aktiviti pengubahan wang haram.

Dalam pada itu, perintah reman selama empat hari sehingga 6 Julai ini dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin terhadap suspek selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN