Pengarah jabatan Kerajaan Persekutuan di Kelantan bakal didakwa atas pertuduhan rasuah - Utusan Malaysia

Pengarah jabatan Kerajaan Persekutuan di Kelantan bakal didakwa atas pertuduhan rasuah

AZAM Baki semasa sidang media di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pengarah di jabatan Kerajaan Persekutuan di negeri ini yang bakal bersara akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat atas pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan mendapati suspek dipercayai terlibat kes salah guna kuasa dengan meminta dan menerima rasuah.

Menurutnya, sebelum ini suspek disiasat selepas dipercayai terlibat kes salah guna kuasa dengan meminta dan menerima rasuah.

“Siasatan mendapati, pengarah jabatan kerajaan sendiri terlibat dengan isu jenayah.

“Jadi, sudah tentu dia tidak boleh memimpin,” katanya kepada sidang akhbar selepas Majlis Persaraan Bakti Disanjung, Budi Dijunjung Sempena Persaraan Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain di Kompleks SPRM Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azam memberitahu, jumlah rasuah tersebut tidak boleh didedahkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN