PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia dijangka mencapai 42.38 juta orang pada 2059, sebelum menurun secara perlahan bermula 2060 kepada 42.37 juta dan seterusnya 42.08 juta pada 2065. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, walaupun jumlah penduduk terus meningkat dari 2020 hingga 2059, kadar pertumbuhan dijangka menurun ketara daripada 1.7 peratus (2020) kepada hanya 0.1 peratus pada 2060. Penduduk Kelantan, Pahang, Perak, Terengganu dan Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya dijangka terus meningkat sepanjang tempoh 40 tahun sehingga 2060 dengan Selangor dijangka kekal paling ramai penduduk iaitu 8.10 juta, diikuti Johor…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya