PETALING JAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesahkan wujud kecuaian dalam kalangan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor apabila gagal mengambil tindakan susulan terhadap seorang individu yang disahkan positif dadah. EAIC dalam satu kenyataan berkata, mereka menjalankan siasatan berdasarkan aduan yang diterima mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] terhadap pegawai AADK yang terlibat. Menurut EAIC, hasil siasatan mendapati terdapat empat kecuaian dalam pengendalian kes tersebut. Antaranya, pegawai AADK gagal memastikan individu terbabit menandatangani Surat Perjanjian dan Jaminan selepas dibebaskan dengan jaminan mahkamah. “Kegagalan ini menyukarkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya