Pembuli tidak akan nampak hebat bila masuk penjara - Alif Satar

Pembuli tidak akan nampak hebat bila sudah masuk penjara – Alif Satar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pengacara, Alif Satar kesal apabila isu buli yang berlaku dalam kalangan generasi kini dipandang enteng oleh sesetengah pihak.

Alif atau Muhammad Alif Mohaf Satar, 34, berkata, dia juga tidak bersetuju apabila isu yang mampu mengancam nyawa mangsa buli itu dianggap normal.

“Baru lepas baca fasal budak sekolah asrama meninggal dunia tertekan akibat dibuli.

“Berlagak gengster dan pembuli tidak hebat. Aku tak tahu siapa yang bagitahu budak-budak sekarang yang jadi samseng ini ‘hebat’ dan orang akan hormat,” katanya menerusi sebuah hantaran Threads.

Alif terpanggil untuk mengulas perkara itu susulan tular isu seorang pelajar perempuan sekolah berasrama yang dipercayai meninggal dunia akibat terjatuh daripada bangunan sekolah kerana tertekan dibuli.

Menerusi hantaran tersebut, penyanyi lagu Cukup Indah itu turut berkongsi luahan seorang pembuli yang mengakui kehidupannya tidak sehebat disangka selepas ditahan di penjara.

“Dulu aku pernah interview orang macam ini (pembuli) dalam penjara, percayalah tidak ada apa yang akan terlihat hebat dan orang akan hormat pun bila kau dekat dalam (penjara). Duduklah kau dalam sel tu seorang diri.

“Macam mana ya nak cakap dekat diorang (generasi muda kaki buli) supaya mereka ini faham?” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN