Pembangunan di Kelantan, pemimpin Pas perlu dapatkan maklumat sahih-Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Pembangunan di Kelantan, pemimpin Pas perlu dapatkan maklumat sahih-Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) bersama kepimpinan UMNO semasa hadir merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Tanah Merah, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Pemimpin Pas perlu mendapatkan maklumat yang sahih sebelum mendakwa Kerajaan Persekutuan meminggirkan pembangunan di negeri ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali dan sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak membantu Kelantan akan lebih ketinggalan dalam soal pembangunan.

“Jangan cuba racuni pemikiran rakyat dengan maklumat yang tidak betul,” katanya selepas diminta mengulas kenyataan bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menerusi hantaran di laman sosial Facebook memaklumkan Kelantan satu-satunya negeri yang tidak mempunyai lebuh raya sebagaimana negeri lain.

Terdahulu beliau yang juga Presiden UMNO merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Tanah Merah, di sini, hari ini.

Mohd. Amar yang juga Naib Presiden Pas turut mendakwa, sebahagian projek pembangunan yang sepatutnya dinikmati rakyat Kelantan ditahan dan dilengahkan Kerajaan Pusat atas sebab-sebab yang tidak pernah dijelaskan secara adil.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memberitabu, perkara itu adalah mustahil kerana setiap kali Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun Kelantan, semestinya akan mengumumkan peruntukan.

“Malah untuk yang terbaru saya sendiri dengar apabila berlaku keruntuhan cerun di Kelantan, Perdana Menteri beri kelulusan peruntukan segera sebanyak RM6.6 juta.

“Setiap kali banjir pun Kerajaan Pusat bantu Kelantan, jadi saya harap beliau mendapatkan maklumat terperinci daripada kepimpinan beliau,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN