JOHOR BAHRU: Seorang pemandu teksi berstatus orang kurang upaya (OKU) parah selepas ditikam pada bahagian perut dan paha kiri serta dikelar di pergelangan tangan kiri oleh seorang lelaki warga asing di kawasan asrama pekerja di Jalan Maju 1, Desa Cemerlang, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, mangsa, Mohd. Zulkefli Mydin, 40, mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI). Isteri mangsa, Syakilla Sulaiman, 32, berkata, suaminya sedang…