Peluasan kuasa kepada anggota PDRM tingkat penguatkuasaan salah guna racun, bahan psikotropi

Peluasan kuasa kepada anggota PDRM tingkat penguatkuasaan salah guna racun, bahan psikotropi

Peluasan kuasa kepada anggota PDRM tingkat operasi cekap salah guna racun, bahan psikotropi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa mengira pangkat yang diberi kuasa penguatkuasaan bagi penyalahgunaan racun dan bahan psikotropi akan mempertingkatkan kecekapan serta capaian operasi pasukan keselamatan itu.

Perkara itu selepas pindaan kepada Akta Racun 1952 [Akta 366] diluluskan di Dewan Rakyat, semalam termasuk memperluaskan kuasa kepada pegawai lain yang dilantik oleh Menteri Kesihatan, termasuk dari kementerian atau agensi lain sekiranya diperlukan.

Menurut kenyataan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di bawah peruntukan sedia ada, hanya tiga kategori pegawai diberi kuasa penguatkuasaan iaitu Pegawai Penguat Kuasa Dadah (ahli farmasi dalam perkhidmatan awam); pegawai polis berpangkat Inspektor ke atas; dan Pegawai kanan Kastam.

Bagaimanapun, katanya, dalam amalan, tugas rondaan dan pemeriksaan lazimnya dilaksanakan oleh pegawai rendah PDRM seperti konstabel dan koperal, yang lebih ramai dan lebih kerap berada di lapangan.

“Selain itu, terdapat kawasan yang tidak mempunyai kehadiran tetap pegawai berkuasa di bawah Akta ini.

“Bagi menutup jurang ini, RUU ini turut memperuntukkan kuasa kepada Menteri Kesihatan untuk melantik pegawai lain, tertakluk kepada terma dan syarat, bagi membantu pelaksanaan penguatkuasaan apabila perlu,” katanya hari ini.

KKM dan KDN menjelaskan, pindaan kepada Akta 366 ini menunjukkan komitmen berterusan kerajaan, khususnya KKM, untuk menangani penyalahgunaan bahan terkawal.

Katanya, langkah ini adalah melalui pendekatan penguatkuasaan yanglebih mantap, inklusif dan menyeluruh.

“Akta Racun 1952 merupakan undang-undang utama yang mengawal semuaaspek berkaitan penggunaan, pemilikan dan pengedaran racun serta bahan psikotropik di Malaysia.

“Cadangan pindaan ini bertujuan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan terhadap kesalahan penyalahgunaan racun dan bahan psikotropik.

“Ini memastikan tindakan lebih pantas, menyeluruh danresponsif dapat diambil dalam menangani ancaman terhadap kesihatan awam dan keselamatan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN