Pegawai Imigresen langgar peraturan, kes kebenaran masuk warga Ghana – EAIC

Pegawai Imigresen langgar peraturan, kes kebenaran masuk warga Ghana – EAIC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pegawai Imigresen didapati melanggar peraturan melibatkan kes kebenaran masuk warga Ghana ke negara ini melalui Pejabat Imigresen Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 18 November 2024.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) memaklumkan, pihaknya menerima aduan terhadap pegawai imigresen terbabit yang didakwa tidak mematuhi prosedur ditetapkan melibatkan kes berkenaan.

“Siasatan mendapati pegawai terbabit telah melanggar perenggan 4.1 Pekeliling Imigresen Malaysia (PIM) Bil. 19 Tahun 2002 yang menyatakan bahawa pemegang pasport negara-negara Afrika hanya dibenarkan masuk ke Malaysia melalui pintu udara sahaja.

“Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk kes ini kepada Pihak Berkuasa Tatatertib JIM dengan syor hukuman tatatertib terhadap pegawai terbabit.

“Ia sebagaimana di bawah Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], susulan kesalahan ingkar perintah sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan 4(2)(i) peraturan yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan yang dijalankan EAIC ini adlaah berdasarkan kepada aduan yang diterima mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700]. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN