PETALING JAYA: Polis menahan pasangan kekasih kerana disyaki mencuri nozel paip bomba di sebuah pangsapuri di Semenyih, Kajang dekat sini pada 30 Jun lalu. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, ia susulan satu laporan polis dibuat penyelia pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan pada pukul 10 pagi. Katanya, siasatan mendapati nozel paip bomba telah dipotong dan hilang, disyaki dicuri oleh individu yang tidak dikenal pasti. “Hasil siasatan…










