PARLIMEN: Perbahasan LKAN tingkat kecekapan ketelusan entiti awam 

PARLIMEN: Perbahasan LKAN tingkat kecekapan ketelusan entiti awam 

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di Dewan Rakyat disifatkan sebagai langkah meningkatkan kecekapan, ketelusan dan keberkesanan entiti awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perbahasan perlu diteruskan sebagai ruang semak dan imbang yang penting.

Selain itu katanya, katanya ia juga dapat  mewujudkan tadbir urus sektor awam yang lebih baik selain penelitian di bawah Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Selaras dengan prinsip ketelusan dan akauntabiliti, Kerajaan MADANI telah mengambil langkah besar dengan membentangkan serta membahaskan LKAN di Dewan yang mulia ini dan langkah ini merupakan satu perubahan signifikan berbanding pentadbiran sebelum ini yang hanya membentangkan LKAN tanpa memberi ruang untuk ia dibahaskan secara terbuka.

“Sejak pembentangan dan perbahasan LKAN bermula pada 6 Jun 2023, LKAN telah dibahaskan sebanyak empat kali di Dewan ini,” katanya ketika membentangkan usul LKAN 2/2025 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Azalina berkata,  laporan audit tersebut mengandungi perkara yang dibangkitkan hasil pengauditan terhadap lima program, aktiviti, projek di tujuh kementerian dengan nilai kos keseluruhan program yang diaudit berjumlah RM48.873 bilion.

Katanya, laporan itu juga turut  melaporkan berlaku ketakteraturan serius melibatkan tiga daripada lima program yang boleh menjejaskan kecekapan dan keberkesanannya untuk menghasilkan impak seperti yang diharapkan.

“Bagi menambah baik kelemahan yang dibangkitkan atau mengelakkan kelemahan yang sama berulang, sebanyak 22 syor telah dikemukakan dalam LKAN ini untuk diambil tindakan oleh kementerian, jabatan atau agensi dan syarikat Kerajaan Persekutuan berkenaan.

“Usaha murni kerajaan ini akan memberi ruang dan peluang secara langsung kepada lebih banyak Ahli-Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam proses memastikan dana kerajaan digunakan secara berhemat demi kepentingan awam yang sewajarnya,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN