KUALA LUMPUR: Lesen klinik kesihatan swasta boleh dibatalkan jika didapati melanggar ketetapan Jadual Fi seperti diperuntukkan bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586). Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, tindakan boleh diambil termasuk kompaun jika didapati bersalah melanggar subseksyen 106(4) akta tersebut. “Antara tindakan yang boleh diambil ialah surat amaran dan teguran, kompaun kesalahan dengan denda maksimum RM5,000 bagi tuan punya tunggal dan RM15,000 bagi pertubuhan. “KKM juga boleh mengeluarkan notis tunjuk sebab untuk membatalkan lesen dalam kes tertentu,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya