KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Racun (Pindaan) 2025 yang bertujuan memperkasa penguatkuasaan terhadap aktiviti haram berkaitan penyalahgunaan racun dan bahan psikotropik. RUU tersebut diluluskan selepas dibahas oleh 12 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang dengan lebih suara bersetuju menyokong pindaan berkenaan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pindaan itu juga akan meningkatkan keberkesanan dan kelancaran tindakan penguatkuasaan oleh agensi terlibat. “Pindaan ini penting bagi…