KUALA LUMPUR: Palestin menuntut sokongan lebih padu dan menyeluruh daripada Persidangan Kerjasama antara Negara-negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) agar kekejaman dapat dihentikan dengan segera. Menteri Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa Palestin, Dr. Estephan Salameh berkata, pengukuhan sokongan itu adalah penting bagi mewujudkan solidariti politik lebih kukuh di tengah-tengah kekejaman yang semakin meningkat. “Kami mahu kumpulan (CEAPAD) ini menjadi lebih daripada sekadar platform pembangunan. Kami mahu ia menjadi suara untuk keadilan dan kebebasan untuk rakyat Palestin. “Kami memerlukan sokongan dalam menamatkan penjajahan dan menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya