Palace of the Golden Horses sambut ulang tahun Tun M ke-100

Palace of the Golden Horses sambut ulang tahun Tun M ke-100

DR. MAHATHIR Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali hadir pada sambutan ulang tahun ke-100 bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Palace of Golden Horses di sini hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI KEMBANGAN: Sambutan ulang tahun ke-100 Tun Dr. Mahathir Mohamad berlangsung dengan penuh meriah di Palace of the Golden Horses hari ini.

Pengasas Palace of the Golden Horses, Tan Sri Lee Kim Yew berkata, Tun Mahathir adalah simbol kepada kekuatan, perjuangan dan jaminan strategik.

“Beliau telah diasingkan, dibahaskan, dipuji dan dikritik namun saya percaya semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, umur atau kepercayaan, boleh bersetuju bahawa sebilangan kecil orang memberikan seluruh kehidupan mereka kepada negara dan Mahathir telah melakukannya.

“Ini bukan sahaja mengenai Tun Mahathir, ini tentang Malaysia dan sama ada kita mempunyai keberanian untuk menyediakan negara bagi tempoh 100 tahun akan datang,” katanya.

Majlis istimewa anjuran Kim Yew itu dihadiri lebih 300 tetamu jemputan termasuk Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, ahli keluarga, tokoh korporat, duta serta kenalan negarawan ulung itu.

Acara tersebut bukan sekadar meraikan usia seabad Tun Mahathir, malah mengenang jasa serta sumbangannya dalam membangunkan negara selama lebih enam dekad.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Selamat Hari Jadi beramai-ramai oleh para tetamu sebelum acara memotong kek dan tayangan video khas yang menyoroti perjalanan hidup serta legasi Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri keempat dan ketujuh Malaysia.

Hadirin turut disajikan dengan persembahan istimewa oleh tokoh korporat, Tan Sri Azman Hashim. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN