ALOR SETAR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta masyarakat khususnya golongan muda membuat pertimbangan sewajarnya agar tidak terheret ke dalam kancah politik kebencian sehingga mahu menurunkan pemimpin. Pengerusi Persatuan Anak Muda Madani Kedah, Datuk Zuraidi Rahim berkata, orang ramai diharap tidak terpengaruh dengan cubaan pembangkang menghasut rakyat untuk menjatuhkan kerajaan melalui cara tidak demokratik. “Kita jangan terpengaruh dengan dakyah politik yang terpesong ini. Mereka cuba tanam kebencian sehingga boleh pecah-belahkan rakyat dan rugikan negara. Kalau mahu berpolitik, ikut saluran betul. Hendak cabar Perdana Menteri bawalah usul tidak percaya ke Parlimen,” katanya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya