SEREMBAN : Negeri Sembilan mencatat sejarah apabila diiktiraf sebagai Negeri Paling Progresif di Malaysia tahun lalu menerusi The International Business Review (IBR) ASEAN Awards 2025 yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.
Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan menerusi kenyataan berkata, anugerah berprestij ini adalah berdasarkan penilaian terperinci oleh penilai-penilai profesional yang terdiri dari tokoh-tokoh ternama pelbagai bidang dari dalam dan luar negara.
“Pencapaian ini membuktikan langkah proaktif pasukan pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan.
“Pengiktirafan ini bukan sekadar anugerah, malah sebagai bukti usaha kolektif Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan semua peringkat yang berteraskan tema Bersih, Muafakat dan Sejahtera,” kata kenyataan berkenaan.
Anugerah berkenaan diterima Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Indusrtri dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Teo Kok Seong dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Dr. Arwan Sabri bagi mewakili kerajaan Negeri Sembilan.-UTUSAN