SETIU: Jalan raya sepanjang dua kilometer di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bahru dekat Kampung Air Sejuk, di sini yang sering menjadi lokasi kemalangan dan kesesakan lalu lintas bakal dinaik taraf dengan anggaran kos lebih RM88.09 juta.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penaiktarafan jalan itu dilaksanakan dalam tempoh empat tahun bagi memberi keselesaan kepada pengguna.
Kata beliau, berlaku mendapan tanah menyebabkan laluan sejauh kira-kira dua kilometer dari Sekolah menengah Sains Setiu sehingga Pasaraya PKT itu menjadi beralun selain agak sempit.
“Permukaan jalan yang beralun dan sempit ini sering menyebabkan kemalangan apatah lagi ia sering dilalui kenderaan perdagangan.
“Seramai 18 pengguna telah cedera termasuk 13 parah akibat kemalangan di laluan tersebut sejak 2022,” katanya selepas meninjau jalan tersebut di Air Sejuk hari ini.
Menurut Ahmad,, ketika musim cuti persekolahan dan perayaan, laluan tersebut sering mengalami kesesakan akibat peningkatan trafik semasa.
Beliau berkata, projek menaik taraf
Laluan FT003 tersebut dijangka menelan belanja RM88.09 juta termasuk pengambilan tanah dan pengalihan struktur utiliti.
“Projek yang dijangka siap pada 2029 ini turut merangkumi kerja-kerja menaik taraf jambatan sepanjang 75 meter yang sudah uzur,” katanya. – UTUSAN