Mohd. Sayuti kekal terajui Persatuan Hoki Perak - Utusan Malaysia

Mohd. Sayuti kekal terajui Persatuan Hoki Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Datuk Mohd. Sayuti Abdul Samad kekal menerajui Persatuan Hoki Perak (PHP) apabila menang jawatan Presiden persatuan itu pada mesyuarat agung di sini semalam.

Mohd. Sayuti menewaskan Datuk Abd Rahim Md Ariff dengan kelebihan empat undi.

Bekas penjaga gol kebangsaan itu meraih 14 undi untuk mengatasi pencabar terdekatnya itu dengan kelebihan empat undi bagi mengekalkan jawatan Presiden untuk kali kelima.

Sementara itu, anak bekas Menteri Besar Perak yang kini Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib, Ramelle Ashram dipilih sebagai Timbalan Presiden Persatuan.

Ramelle Ashram menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut selepas pencabarnya, B. Tamalsilvan menarik diri.

Jawatan Timbalan Presiden II (Wanita) dimenangi oleh Hani Sutinah Hanapiah apabila mengatasi pencabarnya, V. Ratna dengan kelebihan empat undi. Hani Sutinah meraih 14 undi.

Sementara itu, Profesor Norkhahlid Salmin, Manjit Singh, Ismail Ibrahim dan S. Devandrau masing-masing memenangi jawatan Naib Presiden.

Nurul Syuhada Badrol Manan, Normizan Ahmad Helmi dan Najwatulsalmi Ismail pula terpilih sebagai tiga Naib Presiden Wanita. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN