Misteri Fraser 1910 angkat bakat Siti Hariesa ke layar perak - Utusan Malaysia

Misteri Fraser 1910 angkat bakat Siti Hariesa ke layar perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Siti Hariesa meluahkan rasa bersyukur apabila bakatnya kini mula diangkat ke layar perak menerusi filem Misteri Fraser 1910.

Menurut Hariesa, penglibatannya menerusi karya arahan Shuhaimi Zulkefli tersebut secara tidak langsung membantu mengukuhkan kerjayanya sebagai seorang pelakon selepas enam tahun bertapak dalam industri.

“Ini pertama kali saya berlakon dalam filem. Pada saya ini adalah pengalaman yang sangat berbeza lebih-lebih lagi melihat wajah saya terpampang di skrin yang besar.

“Walaupun pada awalnya saya terkejut, tapi saya sangat gembira dengan pencapaian saya setakat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ditanya sama ada dirinya berpuas hati dengan lakonan pertamanya menerusi layar perak, Hariesa optimis untuk terus mengasah bakatnya agar menjadi pelakon yang lebih baik.

“Sewaktu penggambaran filem ini dijalankan, saya masih baru dalam industri. Nak kata berpuas hati itu tidak, tetapi saya rasa saya masih mempunyai ruang untuk memperbaiki diri sendiri,” jelasnya.

Kekal memainkan watak sebagai wanita simpanan, Hariesa bagaimanapun menegaskan dirinya bersetuju untuk menjayakan naskah terbitan Amai Kamarudin dan Elani Aidid ini kerana genrenya yang seram.

“Saya menerima tawaran untuk berlakon menerusi naskhah ini kerana saya tertarik dengan kisah misteri yang berlaku terhadap Isyani iaitu watak yang saya lakonkan. Pada saya, watak itu sangat menyedihkan.

“Saya tidak memikirkan watak seperti perempuan simpanan atau seksi. Saya hanya memikirkan watak itu sebagai hantu. Itu lebih penting daripada menjadi perempuan simpanan,” ujarnya.

Naskhah yang berkisarkan tentang misteri kehilangan peneroka dari Scotland, Louis James Fraser atau Mr Fraser di Bukit Fraser, Raub, Pahang itu telah ditayangkan di pawagam pada 26 Jun lalu.

Selain Hariesa, filem tersebut turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Josiah Hogan, Isyariana, Erry Putra, Datuk Rahim Razali dan A Galak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN