Mayat lelaki ditemukan mereput dalam keadaan terduduk

Mayat lelaki ditemukan mereput dalam keadaan terduduk

Mayat mangsa yang sudah mereput ditemukan dalam keadaan terduduk di dalam rumah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Mayat seorang lelaki yang sudah mereput ditemukan dalam keadaan terduduk di lantai ruang tamu sebuah rumah dua tingkat di kawasan Jalan Kempas, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, penemuan mayat si mati yang berusia dalam lingkungan 60-an itu dibuat susulan aduan orang awam yang terhidu bau busuk dari rumah terbabit, kira-kira pukul 12.05 tengah hari semalam.

“Mayat tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat ,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, Alexson meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi Ketua Balai Polis Sekama ASP Simon Renang di talian 016-8547803 dan Balai Polis Sekama di talian 082-332522 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Katanya kes lelaki yang tinggal bersendirian di rumah itu disiasat sebagai mati mengejut (SDR). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN