ISTANBUL, Turkiye: Malaysia bersedia memperbaharui hubungan pertahanan sedia ada bersama Sudan yang mana langkah itu boleh dilaksanakan melalui pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) baharu. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, menerusi pemeteraian MoU baharu itu, kedua-dua negara boleh mengenal pasti bidang kerjasama terbaik serta mekanisme sesuai bagi melaksanakan kerjasama itu. Katanya, kali terakhir kedua-dua negara memeterai MoU dalam kerjasama pertahanan ialah pada tahun 2004. “Penerokaan kerjasama baharu seperti…










