KUALA LUMPUR: Malaysia perlu terus kekal berkecuali secara jelas dalam mengemudi hubungan strategik dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan China selaras dengan kedudukannya sebagai negara yang bergantung kepada perdagangan. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dasar luar negara perlu digerakkan secara berhati-hati agar tidak menimbulkan tanggapan bahawa Malaysia memihak kepada mana-mana kuasa besar. Katanya, AS kekal sebagai pelabur terbesar di Malaysia manakala China pula telah lama menjadi…