PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan harapan agar Kanada mempertimbangkan semula pengecualian visa kepada rakyat Malaysia selaras dengan layanan yang diberikan kepada negara-negara Komanwel lain. Menurut Perdana Menteri, langkah itu penting bagi memperkukuh hubungan antara rakyat kedua-dua negara serta memperluas pertukaran pelbagai hala yang lebih erat dan bermakna. Perkara itu disampaikan Anwar kepada Perdana Menteri Kanada, Mark Carney menerusi panggilan telefon sempena lawatan rasminya ke Paris, Perancis. “Saya berharap Kanada boleh mempertimbangkan semula pengecualian visa kepada rakyat Malaysia. Ini sejajar dengan prinsip keterbukaan dan hubungan akrab yang sedia terjalin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya