PETALING JAYA: Malaysia mahu pertikaian sempadan antara Thailand dan Kemboja diselesaian menerusi saluran dialog dan diplomasi selaras semangat ASEAN. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia juga menggesa kedua-dua pihak untuk menunjukkan tahap kawalan diri yang paling tinggi serta mengambil langkah segera bagi meredakan ketegangan. “Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, memerhati dengan penuh kebimbangan berhubung pertempuran antara tentera Thailand dan Kemboja di sempadan pertikaian yang telah mengakibatkan korban jiwa. “Malaysia menggesa kedua-dua pihak untuk menunjukkan tahap kawalan yang paling tinggi serta mengambil langkah segera bagi meredakan ketegangan,” katanya dalam kenyataan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya