MELAKA: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diingatkan supaya meletakkan nota kaki pada setiap data yang diperoleh agar kesahihan sesuatu maklumat dapat disahkan. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, sebarang data yang diambil daripada platform media sosial seperti Facebook atau TikTok adalah tidak dibenarkan. Katanya, maklumat yang diperoleh daripada sumber berkenaan dikhuatiri telah diubah suai tanpa pengetahuan pemilik asal data berkenaan. “Baik yang bertanya atau yang menjawab, data yang dikemukakan perlu diletakkan nota kaki dari mana ia diambil supaya saya boleh kesan sumbernya. Terpulang pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya