GUA MUSANG: Hampir 2,000 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Pasik di sini, berdepan dengan masalah rangkaian telefon dan internet lemah selepas kerja-kerja naik taraf pencawang dari 4G kepada 5G dilaksanakan, sejak tiga tahun lalu. Penghulu Kampung Ayong RPS Pasik, Saumell Chimbon berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dapat memberi perhatian kepada isu itu. “Perkara ini sudah berada dalam pengetahuan MCMC. Talian internet dan…