Lelaki pandu X50 tertekan pedal rempuh cermin restoran

Lelaki pandu X50 tertekan pedal rempuh cermin restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang lelaki yang memandu sebuah Proton X50 merempuh cermin hadapan sebuah restoran di Jalan SS14/1 di sini selepas dikatakan tersilap menekan pedal minyak dalam kejadian petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.20 petang ketika pemandu terbabit cuba memasuki kawasan parkir berhampiran premis berkenaan.

“Siasatan awal mendapati pemandu itu tidak sengaja menekan pedal minyak menyebabkan kenderaannya meluncur ke hadapan lalu melanggar cermin restoran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiada kecederaan dilaporkan dan pemandu terbabit telah tampil memberikan keterangan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Subang Jaya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kerosakan.

Orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222 bagi membantu siasatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN