GEORGE TOWN: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu merogol dan meliwat seorang wanita warga Australia dalam sebuah kereta di kawasan perkuburan Cina di sini, bulan lepas. Tertuduh, S. Prasanth, 25, membuat pengakuan itu selepas juruhahasa membacakan kedua-dua pertuduhan itu secara berasingan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Juraidah Abbas. Bagaimanapun, mahkamah tidak dapat memutuskan hukuman terhadap tertuduh hari ini kerana tertuduh…