Lelaki hilang ketika memancing ditemui maut

Lelaki hilang ketika memancing ditemui maut

MAYAT mangsa dibawa ke jeti maritim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh dari bot ketika memancing di Batu Susur, Pulau Lakei di sini ditemukan telah meninggal dunia.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa berusia 55 tahun itu dijumpai oleh pasukan maritim, sebentar tadi.

“Mayat mangsa telah dibawa ke jeti maritim dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, mangsa bersama dua rakannya pergi ke Pulau Lakei untuk memancing kira-kira pukul 4 petang kelmarin dan disedari hilang oleh rakannya pada pukul 11 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN