KPN buat lawatan mengejut ke IPD Serdang

KPN buat lawatan mengejut ke IPD Serdang

FACEBOOK PDRM SERDANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail sekali lagi mengadakan lawatan mengejut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang hari ini.

Dalam lawatan tersebut, Mohd. Khalid telah diberi taklimat ringkas oleh Ketua Polis Balai Bandar Kinrara, Inspektor Mohd Sukri Che Mat berkenaan penugasan kerja di balai tersebut.

Beliau seterusnya ke Bilik Gerakan IPD Serdang bagi meneliti perlaksanaan tatacara operasi standard dan turut menyampaikan amanat kepada anggota yang bertugas.

Seusai lawatan yang diadakan, Mohd. Khalid turut meluangkan masa menziarahi Koperal Baharudin Robai yang bertugas di Pusat Kawalan Daerah, Bahagian Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM, IPD Serdang di kediamannya yang menderita penyakit kencing manis.

Dalam kunjungan tersebut, Mohd. Khalid telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada Koperal Baharudin dan menitip doa serta sokongan moral agar beliau diberi kekuatan dalam menjalani kehidupan seharian. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN