KKM sedia pertimbang ubat etomidate disenarai bawah Akta Dadah

KKM sedia pertimbang ubat etomidate disenarai bawah Akta Dadah

DZULKEFLY Ahmad (tengah) melancarkan buku Penilaian Teknologi Kesihatan pada Majlis Perasmian Persidangan Penilaian Teknologi Kesihatan Kebangsaan 2025 dan Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan (MaHTAS) di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sedia mempertimbangkan cadangan untuk menyenaraikan ubat etomidate termasuk di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, etomidate yang juga sejenis ubat bius intravena sudah tersenarai di bawah Akta Racun 1952 di bawah Kumpulan B.

“Saya mengikuti kes yang berlaku di Singapura itu, etomidate (adalah) dalam senarai racun di Bahagian B, ia adalah sejenis sedatif dalam amalan klinikal.

“Apa pun cadangan, saya memandang kepada pembuktian. Izinkan bahagian dan unit bertanggungjawab untuk menilai secara pembuktian, saya tak mahu komen lebih daripada itu,” katanya selepas merasmikan Persidangan Penilaian Teknologi Kesihatan Kebangsaan 2025 dan Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan (MaHTAS) di sini hari ini.

Kelmarin, ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menggesa kerajaan menyenaraikan etomidate di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya 1952, mengambil kira laporan mengenai kesan maut ubat itu di Singapura.

Etomidate adalah sejenis ubat bius intravena yang telah disalah guna sebagai bahan rekreasi melalui produk vape yang sering dipasarkan sebagai Kpods.

Dalam perkembangan lain, Dzulkefly berkata, kerajaan ketika ini masih meneliti cadangan untuk mengharamkan rokok elektronik atau vape.

Beliau berkata, bagaimanapun pihaknya tidak mahu tergesa-gesa dalam mengharamkan vape sebagai mengambil pertimbangan terhadap semua kesan termasuk soal perundangan serta kesihatan awam.

Pada 13 Mei lalu media melaporkan, KKM menerusi Jawatankuasa Kajian Vape dan Rokok sedang melakukan penelitian berkaitan impak penguatkuasaan perundangan sedia ada serta survelan bagi kes berkaitan implikasi penggunaan vape. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN