BAGAN DATUK: Jantina bukan halangan buat seorang wanita, Siti Mastura Mohd. Salleh untuk melaksanakan tugasnya sebagai Ketua Kampung Simpang Empat, Hutan Melintang di sini. Berusia 34 tahun, Siti Mastura mengakui tugas berat memikul tanggungjawab sebagai ketua kampung sejak dilantik ke jawatan itu awal bulan lalu namun sedia menyahut cabaran tersebut. Menurutnya, beliau mahu membuktikan jantina bukan penentu kebolehan seseorang untuk menjadi ketua dalam komuniti. “Bagi saya tiada halangan wanita menggalas…










