Kesal KADA jual kilang padi, Kelantan ambil sebahagian saham

DUN Kelantan: Kesal KADA jual kilang padi, Kelantan ambil sebahagian saham

MOHD. Nassuruddin Daud
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan kesal dan terkejut apabila mendapati Kilang Padi Beras Darul Naim yang pada asalnya milik Koperasi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dijual sepenuhnya kepada sebuah syarikat tanpa pengetahuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud, berkata, susulan itu kerajaan negeri terpaksa membeli 35 peratus pegangan saham dalam usaha menyelamatkan kilang berkenaan daripada menjadi milikan penuh syarikat tersebut.

“Sebenarnya kilang itu kepunyaan Koperasi KADA dan dijual kepada syarikat itu. KADA bukan agensi di bawah kerajaan negeri tetapi kita (kerajaan negeri) mengambil tanggungjawab untuk menyelamatkan kilang itu daripada dipunyai 100 peratus oleh syarikat berkenaan.

“Sebenarnya kita terkejut dan kesal bagaimana kilang itu boleh dijual lalu memikirkan cara untuk menyelamatkannya. Selepas berunding dengan syarikat itu, kita dibenarkan membeli sebanyak 35 peratus pegangan saham. Kerajaan negeri mahu beli semua tetapi tidak boleh kerana ia (kilang) sudah menjadi hak mereka,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Mohd. Syahbuddin Hashim (BN-Galas) mengenai pegangan saham kerajan negeri melalui Kumpulan Padi Kelantan Berhad (KPKB) dalam Kilang Padi Beras Darul Naim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Mohd. Nassuruddin berkata, semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati KPKB belum mempunyai pemilikan saham dalam kilang itu berikutan baru mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pelaburan dan Risiko KPKB. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN