Kes tembak di Meru dipercayai berkaitan perbalahan kongsi gelap

Kes tembak di Meru dipercayai berkaitan perbalahan kongsi gelap

Kongsi gelap
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kes tembak mati seorang lelaki dalam pacuan empat roda dekat Taman Meru Utama, di Meru, Klang pada 20 Jun lalu dipercayai berkaitan perbalahan antara dua kumpulan kongsi gelap.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menahan dua orang lelaki warga tempatan dan mengambil keterangan daripada 12 individu yang mempunyai maklumat berhubung insiden di hadapan sebuah kedai jual motosikal itu.

Menurutnya, suspek masing-masing berusia 25 dan 40 tahun yang bekerja sendiri itu ditahan pada hari berlainan di sekitar Klang.

“Motif kes kita percaya berkaitan perbalahan antara dua kumpulan kongsi gelap. Mangsa pun kita percaya salah satu ahli dalam kumpulan berkenaan. Jadi kita masih tengah siasat keseluruhan kongsi gelap yang berkaitan. Bukan rambang, tetapi memang disasarkan.

“Masih dalam siasatan sama ada berkaitan perebutan kawasan atau aktiviti dadah. Tembak dalam jarak yang dekat, jadi kita percaya mereka bukanlah sharp shooter. Sama ada diupah atau ahli kumpulan kongsi gelap masih dalam siasatan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, seorang lelaki berusia 46 tahun maut dalam insiden tembakan di hadapan sebuah kedai motosikal di Taman Meru Utama, Meru di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung aduan kes melepaskan tembakan, kira-kira pukul 3.37 petang, sementara mayat lelaki itu ditemukan dalam sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN