Kes Shila Amzah: Polis panggil dua lagi saksi

Kes Shila Amzah: Polis panggil dua lagi saksi

SHILA AMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil dua lagi saksi untuk melengkapkan kertas siasatan kes selebriti Shila Amzah dan Datuk Amy Search. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, kertas siasatan telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur sebelum dirujuk ke Putrajaya.

“Bagaimanapun, kertas siasatan diserahkan kembali kerana ada beberapa perkara perlu dilengkapkan.  

“Ia selari dengan laporan yang dibuat oleh Datuk Amy. Kami akan ambil lagi keterangan dua saksi untuk lengkapkan kertas siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sebelum ini penyanyi wanita tersebut memuat naik hantaran di akaun Instagramnya meluahkan rasa kecewa dan trauma dengan kejadian yang berlaku secara terbuka di hadapan kru produksi ketika sesi latihan konsert ulang tahun ke-20 MR DIY yang berlangsung di Stadium Merdeka.

Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 10 Julai lalu.

Siasatan polis kemudian mendedahkan punca kejadian kerana rasa tidak puas hati penyanyi legenda berkenaan terhadap pengadu yang mencampuri urusan masalah keluarganya dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, Mohamed Usuf berkata, polis kini giat kesan mengesan saki-baki geng dua penjenayah samun bersenjata api dan pecah rumah yang ditembak mati di Cheras, Jumaat lalu.

Katanya, beliau difahamkan terdapat kira-kira 34 kes melibatkan kumpulan ini.

“Banyak kes pecah rumah dan samun. Kami akan cari kuncu-kuncu geng terbabit,” ujarnya.

Dalam insiden itu, dua lelaki warga asing dipercayai dalang utama geng samun bersenjata api dan pecah rumah ditembak mati dalam Op Aman 6 di Jalan Semerah Padi, Cheras.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, hasil siasatan lanjut mendapati kedua-dua mereka adalah dalang kepada sebuah kumpulan samun bersenjata api dan pecah rumah yang dianggotai seramai 15 warga asing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN