Kes cabul di kuil: Polis nafi rampas pasport, giat kesan suspek

Kes cabul di kuil: Polis nafi rampas pasport, giat kesan suspek

NORHIZAM BAHAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh SEPANG: Polis menafikan dakwaan merampas pasport suspek kes cabul di sebuah kuil di Bandar Baru Salak Tinggi seperti disiarkan sebuah platform media bahasa Tamil, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya ingin menafikan laporan dibuat Astro Ulagam itu.

Beliau berkata, pihaknya ingin menjelaskan bahawa pihaknya masih berusaha mengesan suspek kes itu iaitu seorang sami sementara.

“Laporan itu tidak benar. Usaha mengesan suspek masih lagi giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, pihak polis menasihatkan orang awam untuk tampil jika mempunyai maklumat berkenaan suspek kejadian itu dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Sathiyan a/l BalraJoo di talian 013-2060771 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di talian 03-87774222.

“Pihak polis juga menasihatkan orang awam supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak benar yang boleh mengelirukan orang ramai berhubung kejadian ini,” katanya.

Katanya, setakat ini, sembilan individu telah dipanggil bagi membantu siasatan termasuk pihak pengurusan rumah ibadat itu.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita warga India mendakwa dicabul oleh sami ketika berada di salah sebuah kuil di Bandar Baru Salak Tinggi, di sini baru-baru ini.

Siasatan mendapati, suspek adalah sami sementara di kuil tersebut bagi menggantikan sami kuil yang sedang berada diluar negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN