PETALING JAYA: Polis sedang menunggu arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung siasatan kes selebriti Shila Amzah yang didakwa diherdik oleh seorang penyanyi legenda tempatan, minggu lalu. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihaknya telah melengkapkan siasatan dan menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC). “Kertas siasatan telah dirujuk dan sedang menunggu keputusan TPR,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Media semalam melaporkan…