GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menetapkan 8 Ogos depan sebagai tarikh keputusan kes melibatkan seorang wanita yang berdepan pertuduhan membunuh anaknya sendiri (infantisid) selepas membuang bayi perempuan itu dari tingkap apartmen, lima tahun lalu. Tertuduh, M Santhiea yang kini berusia 23 tahun, sebelum ini mengaku bersalah ketika dihadapkan di mahkamah tersebut atas pertuduhan berkenaan pada 2020 iaitu sewaktu dia berusia 18 tahun. Bagaimanapun, pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan…







