Kenapa doa ditolak atau lambat makbul

Kenapa doa ditolak atau lambat makbul

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kenapa doa ditolak atau lambat makbul

SOALAN
Kenapakah doa kita jarang dimakbulkan atau lambat dimakbul sedangkan ada ayat al-Quran menyatakan Allah SWT berfirman : Mintalah kepadaku nescaya aku makbulkan?

-Shafie
Muyskil

JAWAPAN
Doa kita jarang dikabulkan ada beberapa sebab antaranya kita melakukan maksiat, memutuskan hubungan silaturahim dan melakukan macam-macam lagi perkara yang munkar. Kemungkinan juga doa itu ditangguh kerana diberikan yang lebih baik daripada apa yang kita minta itu.

Meminta semula wang sumbangan

SOALAN
Bolehkah kita minta semula wang sumbangan yang kita beri sekiranya kita ketahui individu yang menguruskan badan memungut sumbangan itu melakukan penyelewengan dana tersebut kerana kita tidak mahu bersubahat sama?

-Abdullah Zawawi
Sekinchan, Selangor

JAWAPAN
Tidak boleh kita meminta wang sumbangan yang diberikan kepada orang lain kerana kita sudah melepaskan hak kita. Cubalah ikhlaskan diri dan berfikiran positif.

Alirkan air ke anggota wajib wuduk

SOALAN
Semasa mengambil wuduk adakah kita perlu menyapu anggota wajib wuduk atau sekadar meratakan air sahaja sudah memadai?

-Jamilah
Klang

JAWAPAN
Anggota wuduk mesti dibasuh dengan dialirkan air di atas anggota wajib melainkan bahagian kepala yang wajib disapu.

 

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada  [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN