Kemasukan pelajar STEM meningkat lebih 50 peratus

Kemasukan pelajar STEM meningkat lebih 50 peratus

WONG Kah Woh bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang (kiri) melakukan gimik Peluncuran Program STI 1003 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tiara Permai di sini hari ini. - UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemasukan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) mencatat peningkatan mendadak sehingga lebih 50 peratus dalam tempoh empat tahun lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, lonjakan berskala besar itu hasil usaha sama pelbagai kementerian berdasarkan fokus reformasi pendidikan terhadap enam bidang.

“Tahun lalu, KPM telah menetapkan enam bidang untuk dijadikan reformasi pendidikan. Salah satu adalah pembangunan dan pembudayaan STEM selain pembangunan pendidikan digital serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Semua ini ada kaitan dengan apa yang kita lakukan hari ini. Sasaran 60 peratus peningkatan pelajar masuk bidang STEM itu masih kekal dan kini kita berada di landasan yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program STI 100 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tiara Permai, di sini hari ini.

Kah Woh berkata, KPM akan terus menyemak keperluan guru bagi memastikan jumlah tenaga pengajar dalam bidang STEM mencukupi berikutan peningkatan pelajar.

“Sememangnya setiap tahun KPM mempunyai unjuran untuk pengambilan guru sama ada di peringkat sekolah menengah atau rendah.

“Kami mempunyai perancangan rapi untuk memastikan pakar, guru-guru yang dilatih dan dilantik dapat menampung keperluan semasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN