KUALA NERUS: Selepas seminggu operasi mencari dan menyelamat menemukan jalan buntu, keluarga nelayan yang hilang ketika keluar menangkap ikan di perairan Pulau Bidong, dekat sini, reda ia ditamatkan Selasa lalu. Namun, mereka tidak berputus ada dengan mengambil ikhtiar sendiri untuk mencari Mohd. Noor Abdullah, 54, yang hilang sejak 25 Jun lalu. Abang mangsa, Zulkifli, 65, berkata, ahli keluarga sepakat meneruskan operasi mencari dengan usaha oleh anak saudaranya, Mohd. Rohazmi Razali,…