Kelantan TRW perlu gugat pasukan bintang-Annuar - Utusan Malaysia

Kelantan TRW perlu gugat pasukan bintang-Annuar

KELANTAN THE REAL WARRIOS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bapa pembangunan bola sepak negeri ini Tan Sri Annuar Musa mahu Kelantan The Real Warriors (Kelantan TRW) menggugat pasukan berstatus bintang yang beraksi dalam saingan Liga Super 2025/2026.

Annuar berkata, walaupun pasukan itu masih belum mengumumkan senarai penuh pemain namun beliau percaya Kelantan TRW tidak akan tampil goyah pada saingan itu nanti

“Beraksi di saingan peringkat tinggi tidak semestinya jadi juara mendadak….tapi mampu menggusarkan Sang Juara,” tulisnya menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Annuar memberitahu, hujung minggu ini penyokong bola sepak Kelantan bakal mendapat berita yang di nantikan apabila 10 tonggak dari pelbagai negara menjadi satu untuk melahirkan Kelantan TRW.

Katanya, tonggak import itu melibatkan Ivory Coast, Nigeria, Bahrian, Lubanan, Syria, Kanada, Myanmar, Filipina, England dan Sierra Leones.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN