KEMAMAN : Hasrat seorang jurutera di daerah ini mendapat wang pulangan berganda terkubur apabila dia rupa-rupanya terpedaya dengan skim pelaburan saham secara dalam talian yang tidak wujud. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, lelaki berusia 40 tahun itu mendakwa telah melihat iklan pelaburan saham dalamlaman sosial Facebook pada 8 April lalu. “Mangsa mendakwa berurusan dengan seorang wanita yang menawarkan pelaburan saham syarikat China melalui satu aplikasi. Mangsa…